Thursday, 5 December 2013

sahabat.. kerana ILLLAHI ..

bismilllahirrahmanirahim.

assalamualaikum w.b.

alhamdulillah. bersyukur masih di diberikan peluang utuk terus berjalan di bumi ALLAH ini.
saya ada terfikir. di sebalik penghijrahan saya ini, di sebalik nya ada insan hebat yang bernama S.A.H.A.B.A.T. lalu terlintas di fikiran saya untuk menggarap post mengenai sahabat.

dalam menongkah hidup, secara jujur saya telah mendapat ramai sahabat. semakin masa dan umur bertambah semakin ramai sahabat yang saya kenali. namun, sepantas masa berlalu, sepantas itu juga lah saya telah mensia-sia kan sahabat. 

andai keinsafan masih belum merantai diri, andai hati masih lagi bermaharaja lela kan nafsu, andai jiwa masih belum lagi utuh dalam islam, saya mungkin belum mengenali makna sebenar 'sahabat' . saya mungkin mengambil enteng perkataan 'sahabat' . atau mungkin persahabatan yang saya jalin kan itu tidak kerana ALLAH. namun sungguh! ALLAH Maha Mengkehendaki.

Perasaan ini.. sukar untuk diterjemahkan ke dalam perkataan. Perasaan ini.. tiada siapa yang mengerti.. perasaan ini.. hanya aku yang tahu betapa sakit nya menanggung. Perasaan ini.. hanya Allah yang Maha Mengetahui.. perasaan rindu ku yang mencengkam terhadap insan yang bergelar sahabat..
 
 wahai sahabat..
 sering kali hati ini menangis..
 sering kali mata ini menumpah kan isinya..
mengimbau kembali kenangan kita..
menahan rindu yang teramat..

SAHABAT..
 Mungkin kerana kekhilafan ku pada masa dahulu..
 Telah mencipta jurang jarak di antara kita..
 Mungkin kerana kekhilafan ku pada masa dahulu..
 Telah menghilang kan segala gelak tawa mesra kita..
 Mungkin kerana kekhilafan ku pada masa dahulu..
 Telah meyemai benih benci antara kita..
 Mungkin kerana kekhilafanku pada masa dahulu..
 Telah memadam kn aku dari segala kenangan yang tercipta oleh kita..
 Sekarang tiada lain yang ku harapkan..
 Tiada lain yang ku pinta..
 Seandainyaa….
 Masa itu dapat diputarkan..
 Ingin ku balik ke zaman dulu..
 Ingin ku jaga persahabatan ini..
 Namun..
 Semuanya hanya tinggal harapan..
 Semua yang ku harap kan..
 Terkubur tanpa dinisankan..
 Wahai sahabat..
 Sungguh aku menyayangi mu..
 Sungguh aku merindu kan mu..
 Dan sungguh..
 Hati ku sakit bila terpaksa menahan gelora rindu mu..
 Aku sedar..
 Kini aku tidak mampu lagi..
 Menghulurkan tangan mengesat air mata mu..
 Aku tidak mampu lagi..
 Menadah telinga mendengar kisah hidupmu..
 Aku tidak mampu lagi menjadi sebahagian dari hidup mu..
 Sekiranya masih ada yang mampu aku lakukan..
 Hanya lah berdoa kepada Tuhan..
 Berikan lah kau kejayaan seperti mana kau impikan..
 Berdoa supaya memori dan kenangan indah yang tercipta…
 Akan selamanya terpahat di hatii..
 Berdoa jika aku bukan lahh sahabat yang baik ..

 Maka jauh kan lah aku dari mu wahai sahabat..

izin kan aku sahabat !
izin kan aku untuk membina ikhwah fi sabilillah..
izinkan aku untuk berpipmpinan tangan dengan mu menuju jannah..
dan izin kan aku untuk menyayangi mu kerana ALLAH.

wahai sahabat..
tegur lah aku andai aku mulai lupa..
ingat kan lah aku dengan amaran amaran ALLAH..
bimbing lah aku andai aku mulai alpa.
jangan biar kan aku lemas dalam tipu daya dunia..












3 comments: