Thursday, 5 December 2013

NUR yang mengintai diri .


bismillahirramanirrahim.

assalamualaikum..
tidak pernah sebenarnya terlintas di hati saya untuk buat blog. namun usaha seorang sahabat untuk meneruskan dakwah dalam alam maya iaitu blog ini sebenarnya telah membuka mata hati saya untuk turut sama menyebarkan agama ALLAH dalam cara yang sama.
sebagai percubaan pertama, masih lagi tidak tahu apa yang harus dikongsi. lalu saya mengikut cara sahabat saya yang menceritakan mengenai perihal dirinya.

apabila teringat kan sahabat saya itu, air mata saya mula bertakung di kelopak mata. mengagumi betapa ALLAH itu Maha Besar. melihat kan perubahan pada dirinya, saya mula merasa diri saya ini hanya lah seorang manusia yang tidak tahu bersyukur dan hina.

jika dicongak kembali perjalanan hidup saya selama 18 tahun saya menumpang di bumi ALLAH ini, banyak peristiwa yang  terjadi dalam hidup saya. (cuba berfikir sejenak). semasa saya berada di menengah rendah, saya bersekolah di salah sebuah sekolah menengah agama namun sedikit pun itu tidak memberi kesan dalam hidup saya. di sekolah kami di ajar pasal agama, kami diajar pasal aurat namun diri ku yang hina ini masih lagi bergelumang dalam lautan dosa. masih belum islam itu menapak dalam diriku. tudung labuh itu hanya sekadar hiasan diri ku di sekolah. masyaAllah. betapa aku ini tidak mengerti.

    sehinggalah satu ketika, hatiku dijentik perasaan ingin berubah. di saat itu aku mula menjaga solat dan 
    ALLAH! sungguh aku merasai nikmat nya solat. sungguh kelebihan solat itu meresap dalam diriku. namun
    betapa ruginya diriku kerana perasaan itu hanya singgah seketika.   
    tidak lama setelah itu aku kembali pada cara hidup aku yang sememang nya berkiblat kan barat.

ketika aku menjadi pelajar pmr, pihak sekolah telah melakukan pelbagai aktiviti. rohani mahupun jasmani. duniawi mahupun ukhrawi. namun sekali lagi sayang, aku masih lagi leka dan tidak sedikit pun terkesan dengan segala yang dilakukan. aku memenag berusaha untuk mencapai duniawi namun apabila sampai perkataan 'ukhrawi' memang aku tidak terkesan. 

di saat aku mendapat keputusan pmr yang elok, ketika itu aku sedar bahawa ALLAH masih lagi mengizinkan aku untuk merasa nikmatNYA biar pun seikit pun tidak pernah cuba untuk mendekatiNYA.
aku memulakan kehidupan aku sebagai pelajar tingkatan empat di sekolah menengah kebangsaan dengan agak kekok. aku tidak suka cara pelaksanaan sekolah yang terlalu bebas. aku tidak suka melihat pakaian pelajar yang kebanyakannya tidak menutup aurat. terdedah sana sini. namun semakin masa berlalu, semakin akumenyesuaikan diri di sekolah itu, aku ibarat menjilat ludah sendiri kerana aku juga terpalit dengan gaya hidup mereka. aku tidak lagi sepenuhnya menutup aurat. masyaALLAH.

aku semakin leka dalam dunia baru. aku biarkan nafsu mengemudi hidup ku. ada ketika nya aku merasa diriku tidak berguna. ada ketika nya aku merasa aku ini adalah insan hina yang berpaling dari nikmat ALLAH. namun masih tiada apa yang aku lakukan untuk mengubah diriku. aku hanya tahu berangan dan bermimpi yang aku akan menjadi lebih baik. akhir nya rasa ingin berubah itu aku biarkan berkubur tak bernisan.

apabila aku bergelar pelajar spm, masih tidak banyak yang aku lakukan untuk mendekatinya. aku hanya berusaha melalui jasmani dan rohani aku biarkan kosong tanpa pengisian. semakn masa berlalu, semakin banyak juga la aku meng'topup' dosa. setelah mendapat keputusan spm, aku menangisi takdir ALLAH. aku cuba untuk kembali ke masa lalu namun itu semua hanya lah impian yang memang takkan tercapai.
akhirnya aku redha ke atas apa yang berlaku.

semua cita cita ku lesap bagaikan habuk yang dicuci tapi ternyata ALLAH masih menyayangi ku. aku ditawarkan tempat di matrik dan U namun takdir ALLAH itu lebih kuat dan kini aku berada di mana yang sepatutnya aku berada. perasaan aku ketika mula menjejakkan kaki disini teramat lah asing. aku merasakan sesuatu yang tidak pernah aku rasa kan. rasa yang amat menenang kan jiwa.

bermula dari situ, aku mula bertekad ! aku ingin hidup di atas landasan yang benar. aku ingin hidup dalam syariat. ALLAH ! segala yang aku hajatku dipermudahkan oleh ALLAH. aku mendapat kawan sebilik yang amat tepat. rifhan. segala puji bagi mu Ya Allah. perlahan lahan aku cuba mempraktikkan kembali segala yang telah diajar oleh ustazah ustazah ku. segala yang telah aku timba sepanjang menjadi pelajar sekolah agama.

          aku mula merasakan manis nya agama ALLAH. Aku mula berpaut dengan islam dan aku mula ingin               merubah diri ku menjadi muslimah yang sejati. aku membuka kembali kalam ALLAH yang telah lama
          aku biarkan berhabuk. di saat aku melihat setiap baris yang terkandung, aku sebak tidak dapat                     meneruskan bacaan. betapa lama bibir ini tidak menjengah ayat ayat suci ini. sungguh ! satu perasaan             yang tidak dapat aku ungkap kan. tidak dapat aku zahirkan.
       
          aku mula membaca buku buku agama dan sekalilagi jiwa ku dirobek kesedihan yang teramat . betapa           banyak yang tidak aku tahu. betapa cetek nya ilmu agama ku. di ketika ini, aku merasa kan hidup ku             ini begitu tenang. hidup ini hanya lah padaNya.

jalan untuk berubah menuju jalan ALLAH itu amat lah berliku. ada yang kata, aku berlagak alim. ada yang menganggap sekali JAHAT selamanya JAHAT. ALLAH. hanya Dia yang tahu perasaan yang mencengkam sanubari ku ini. yang lebih dahsyat ialah apabila orang mengatakan aku ini syiah kerana berjubah hitam. begitu aku sedih.

namun aku cuba kuatkan hati dan istiqamah dalam PENGHIJRAJHANKU. ALLAH menghantar mereka yang berilmu untuk membantu ku. aku berjumpa dengan IKRAM iaitu sebuah pertubuhan usrah. di kolej aku bertemu dengan seorang kakak yang amat baik budi bahasanya. yang menyanjung islam sebagai gaya hidup. yang banyak menghabis kan keringat untuk mengadakan aktiviti keagamaan. melihat kan insan insan hebat di sekitar ku, telah membuakkan rasa ingin terus berusaha, berusaha dan terus berusaha untuk mencari cinta yang hakiki.

kisah kematian ahmad ammar yang begitu baik cara pemergiannya telah menyesakkan nafasku. tidak ku sangka ada anak muda semuda arwah sanggup berkorban demi agama. betapa besar jasa arwah. islam dijadikan tunggak kehidupan. sedih apabila melihat diri sendiri. terlalu lama aku menjadi hamba nafsu. terlalu lama aku mengabdukan diri kepada dunia. terlaul banyak yang aku tinggal kan demi dunia. sungguh aku termasuk golongan yang rugi.

kini tiada lain yang ku harap kan, aku hanya ingin terus merubah diri menjadi yng lebih baik dan aku ingin terus menyampaikann dakwah secara keci kecilan dan aku ingin melihat syiar islam terus bersinar dan memancar dalam diri setiap insan yang beragama islam .


4 comments:

  1. kita sama. . alhamdulillah kita sempat berubah. . jaga lah hidayah ini sebaiknya :')

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah.... aku akn sentiasa menodakan korang akn sentiasa berada dijalan ynang betol.selamanya ini aku tidak pernah mengeluarkan air mata walaupon sesedih maner aq tetapi hari setelah aku membaca nya aq seolah-olah boleh merasai apa yang korang rasakan...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. terima kasih atas doa mu :)

    ReplyDelete