Tuesday, 10 December 2013

stop ! tentu lah TIDAK MUNGKIN..

bismillahirahmanirahim.

assalamualaikum w.b.t

lama rasanya kali terakhir saya meng'update' blog nii. hehehhe. (3ari je pon tak update)

hmmmm. arini dah 10/12/13. so ramai la yang dok update kata esok 11/12/13 tu tarikh lawa.
yeap ! memang lawa tapi sejauh mana kah kita menterjemah kan 'lawa' itu dalam konteks islam?


anak anak muda semuanya sibuk kata 'yeayyy! esok dah sekian sekian aku kapel.' ada yang fikir tarihk esok tarik yang sesuai nak 'date' dengan pasangan. Allah. wahai anak muda sandaran ummat. bangkit lah kamu dari lena dunia yang mengasyikkan.

kan bagus kalau tadah tangan dan basah kan lidah dengan ucapan alhamdulillah sebab Dia masih lagi mengizin kan kita untuk menumpang di bumiNya ini. bagus lagi kalau kita guna kan tarikh tu sebagai satu pemangkin untuk kita lebih berusaha dalam beribadah sebab mati tak tau bila.

hmmmmm. cakap pasal matiii. Allah. terus saya teringat kan arwah ahmad ammar. betapa beruntung nya dia. sedang kita? kita masih lagi hanyut. kita masih lagi mengharap kan hari esok masih ada supaya kita dapat terus melakukan dosa tanpa kita sedar. kata sahabat saya, kita hanya manusia pembuat dosa!

ahmad ammar! sekali lagi hati saya meminta untuk menaip mengenainya. betapa semangat perjuangan beliau hidup dalam hati setiap islam yang sedar. betapa beliau dikenali penduduk bumi mahupun penduduk langit. tapi yang paling menyentuh hati ! betapa beliau sanggup syahid demi agama. sanggup berkorban demi agama. sanggup berlelah demi agama.

beliau meminta untuk syahid. kita? andai kita tahu bila datang nya mati, konpem semua akan berkata stop! biarkan aku bertaubat dahulu. biiarkan aku menjadi hambaNya yang cukup amalannya. tapi aturan Allah itu Maha hebat.

Alla menyembunyikan kematian supaya kita sentiasa bersedia. Allah ingin menguji kita. tapi kita?? kita busy memilih tarikh yang lawa untuk terus bermaksiat! ruginya manusia yang alpa. ruginya manusia yang lena.

saya juga manusia yang alpa. saya juga masih berusaha berubah.
ayuh sama sama kita anak muda
bangkit dari mimpi yang menyenangkan
mimpi yang memperdaya
kita bangun menuju jannah
kita bangun mencari Allah

jangan berharap kematian boleh di STOP!


Friday, 6 December 2013

sejujurnya . . .

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum..

sejujurnya 
aku bukan lah mereka yang alim..
sejujurnya 
aku bukan lah mereka yang berpengetahuan..
sejujurnya..
aku bukan lah yang terbaik..
tapi sejujurnya..
usaha yang aku lakukan ini kerana Dia..
sejujurnya..
cemuhan yang aku terima ini kerana Dia..
dan sejujurnya hidup dan matiku hanya lah untuk Dia..

sejujurnya..
aku amat merinduiMu..
sejujurnya..
penghijrahan ini keranaMu..
sejujurnya..
islam ini aku junjung keranaMu..
sejujurnya..
aku bahagia dalam agamaMu..

sejujurnya..
bukan sanjungan manusia yang aku cari..
sejujurnya..
bukan tittle 'bagus' yang aku damba..
sejujurnya..
aku ingin merasa keikhlasan dalam setiap ibadah..
sejujurnya..
aku ingin merasa dekat dengan Sang Pemilik Nyawa..

sejujurnya..
aku amat mencemburui insan yang Engkau pilih..
sejujurnya..
aku ingin mendampingiMu seperti mana pendampingan insan yang Engkau pilih..
sejujurnya..
aku rindu untu bertemu mereka yang sepenuhnya hidup bersyahadat. mereka yang Engkau pilih..

sejujurnya..
hanya Engkau di hati..
hanya Engkau sandaran hidup..
hanya Engkau tempat bermula..
dan..
hanya Engkau sebaik baik tempat kembali

Thursday, 5 December 2013

sahabat.. kerana ILLLAHI ..

bismilllahirrahmanirahim.

assalamualaikum w.b.

alhamdulillah. bersyukur masih di diberikan peluang utuk terus berjalan di bumi ALLAH ini.
saya ada terfikir. di sebalik penghijrahan saya ini, di sebalik nya ada insan hebat yang bernama S.A.H.A.B.A.T. lalu terlintas di fikiran saya untuk menggarap post mengenai sahabat.

dalam menongkah hidup, secara jujur saya telah mendapat ramai sahabat. semakin masa dan umur bertambah semakin ramai sahabat yang saya kenali. namun, sepantas masa berlalu, sepantas itu juga lah saya telah mensia-sia kan sahabat. 

andai keinsafan masih belum merantai diri, andai hati masih lagi bermaharaja lela kan nafsu, andai jiwa masih belum lagi utuh dalam islam, saya mungkin belum mengenali makna sebenar 'sahabat' . saya mungkin mengambil enteng perkataan 'sahabat' . atau mungkin persahabatan yang saya jalin kan itu tidak kerana ALLAH. namun sungguh! ALLAH Maha Mengkehendaki.

Perasaan ini.. sukar untuk diterjemahkan ke dalam perkataan. Perasaan ini.. tiada siapa yang mengerti.. perasaan ini.. hanya aku yang tahu betapa sakit nya menanggung. Perasaan ini.. hanya Allah yang Maha Mengetahui.. perasaan rindu ku yang mencengkam terhadap insan yang bergelar sahabat..
 
 wahai sahabat..
 sering kali hati ini menangis..
 sering kali mata ini menumpah kan isinya..
mengimbau kembali kenangan kita..
menahan rindu yang teramat..

SAHABAT..
 Mungkin kerana kekhilafan ku pada masa dahulu..
 Telah mencipta jurang jarak di antara kita..
 Mungkin kerana kekhilafan ku pada masa dahulu..
 Telah menghilang kan segala gelak tawa mesra kita..
 Mungkin kerana kekhilafan ku pada masa dahulu..
 Telah meyemai benih benci antara kita..
 Mungkin kerana kekhilafanku pada masa dahulu..
 Telah memadam kn aku dari segala kenangan yang tercipta oleh kita..
 Sekarang tiada lain yang ku harapkan..
 Tiada lain yang ku pinta..
 Seandainyaa….
 Masa itu dapat diputarkan..
 Ingin ku balik ke zaman dulu..
 Ingin ku jaga persahabatan ini..
 Namun..
 Semuanya hanya tinggal harapan..
 Semua yang ku harap kan..
 Terkubur tanpa dinisankan..
 Wahai sahabat..
 Sungguh aku menyayangi mu..
 Sungguh aku merindu kan mu..
 Dan sungguh..
 Hati ku sakit bila terpaksa menahan gelora rindu mu..
 Aku sedar..
 Kini aku tidak mampu lagi..
 Menghulurkan tangan mengesat air mata mu..
 Aku tidak mampu lagi..
 Menadah telinga mendengar kisah hidupmu..
 Aku tidak mampu lagi menjadi sebahagian dari hidup mu..
 Sekiranya masih ada yang mampu aku lakukan..
 Hanya lah berdoa kepada Tuhan..
 Berikan lah kau kejayaan seperti mana kau impikan..
 Berdoa supaya memori dan kenangan indah yang tercipta…
 Akan selamanya terpahat di hatii..
 Berdoa jika aku bukan lahh sahabat yang baik ..

 Maka jauh kan lah aku dari mu wahai sahabat..

izin kan aku sahabat !
izin kan aku untuk membina ikhwah fi sabilillah..
izinkan aku untuk berpipmpinan tangan dengan mu menuju jannah..
dan izin kan aku untuk menyayangi mu kerana ALLAH.

wahai sahabat..
tegur lah aku andai aku mulai lupa..
ingat kan lah aku dengan amaran amaran ALLAH..
bimbing lah aku andai aku mulai alpa.
jangan biar kan aku lemas dalam tipu daya dunia..












NUR yang mengintai diri .


bismillahirramanirrahim.

assalamualaikum..
tidak pernah sebenarnya terlintas di hati saya untuk buat blog. namun usaha seorang sahabat untuk meneruskan dakwah dalam alam maya iaitu blog ini sebenarnya telah membuka mata hati saya untuk turut sama menyebarkan agama ALLAH dalam cara yang sama.
sebagai percubaan pertama, masih lagi tidak tahu apa yang harus dikongsi. lalu saya mengikut cara sahabat saya yang menceritakan mengenai perihal dirinya.

apabila teringat kan sahabat saya itu, air mata saya mula bertakung di kelopak mata. mengagumi betapa ALLAH itu Maha Besar. melihat kan perubahan pada dirinya, saya mula merasa diri saya ini hanya lah seorang manusia yang tidak tahu bersyukur dan hina.

jika dicongak kembali perjalanan hidup saya selama 18 tahun saya menumpang di bumi ALLAH ini, banyak peristiwa yang  terjadi dalam hidup saya. (cuba berfikir sejenak). semasa saya berada di menengah rendah, saya bersekolah di salah sebuah sekolah menengah agama namun sedikit pun itu tidak memberi kesan dalam hidup saya. di sekolah kami di ajar pasal agama, kami diajar pasal aurat namun diri ku yang hina ini masih lagi bergelumang dalam lautan dosa. masih belum islam itu menapak dalam diriku. tudung labuh itu hanya sekadar hiasan diri ku di sekolah. masyaAllah. betapa aku ini tidak mengerti.

    sehinggalah satu ketika, hatiku dijentik perasaan ingin berubah. di saat itu aku mula menjaga solat dan 
    ALLAH! sungguh aku merasai nikmat nya solat. sungguh kelebihan solat itu meresap dalam diriku. namun
    betapa ruginya diriku kerana perasaan itu hanya singgah seketika.   
    tidak lama setelah itu aku kembali pada cara hidup aku yang sememang nya berkiblat kan barat.

ketika aku menjadi pelajar pmr, pihak sekolah telah melakukan pelbagai aktiviti. rohani mahupun jasmani. duniawi mahupun ukhrawi. namun sekali lagi sayang, aku masih lagi leka dan tidak sedikit pun terkesan dengan segala yang dilakukan. aku memenag berusaha untuk mencapai duniawi namun apabila sampai perkataan 'ukhrawi' memang aku tidak terkesan. 

di saat aku mendapat keputusan pmr yang elok, ketika itu aku sedar bahawa ALLAH masih lagi mengizinkan aku untuk merasa nikmatNYA biar pun seikit pun tidak pernah cuba untuk mendekatiNYA.
aku memulakan kehidupan aku sebagai pelajar tingkatan empat di sekolah menengah kebangsaan dengan agak kekok. aku tidak suka cara pelaksanaan sekolah yang terlalu bebas. aku tidak suka melihat pakaian pelajar yang kebanyakannya tidak menutup aurat. terdedah sana sini. namun semakin masa berlalu, semakin akumenyesuaikan diri di sekolah itu, aku ibarat menjilat ludah sendiri kerana aku juga terpalit dengan gaya hidup mereka. aku tidak lagi sepenuhnya menutup aurat. masyaALLAH.

aku semakin leka dalam dunia baru. aku biarkan nafsu mengemudi hidup ku. ada ketika nya aku merasa diriku tidak berguna. ada ketika nya aku merasa aku ini adalah insan hina yang berpaling dari nikmat ALLAH. namun masih tiada apa yang aku lakukan untuk mengubah diriku. aku hanya tahu berangan dan bermimpi yang aku akan menjadi lebih baik. akhir nya rasa ingin berubah itu aku biarkan berkubur tak bernisan.

apabila aku bergelar pelajar spm, masih tidak banyak yang aku lakukan untuk mendekatinya. aku hanya berusaha melalui jasmani dan rohani aku biarkan kosong tanpa pengisian. semakn masa berlalu, semakin banyak juga la aku meng'topup' dosa. setelah mendapat keputusan spm, aku menangisi takdir ALLAH. aku cuba untuk kembali ke masa lalu namun itu semua hanya lah impian yang memang takkan tercapai.
akhirnya aku redha ke atas apa yang berlaku.

semua cita cita ku lesap bagaikan habuk yang dicuci tapi ternyata ALLAH masih menyayangi ku. aku ditawarkan tempat di matrik dan U namun takdir ALLAH itu lebih kuat dan kini aku berada di mana yang sepatutnya aku berada. perasaan aku ketika mula menjejakkan kaki disini teramat lah asing. aku merasakan sesuatu yang tidak pernah aku rasa kan. rasa yang amat menenang kan jiwa.

bermula dari situ, aku mula bertekad ! aku ingin hidup di atas landasan yang benar. aku ingin hidup dalam syariat. ALLAH ! segala yang aku hajatku dipermudahkan oleh ALLAH. aku mendapat kawan sebilik yang amat tepat. rifhan. segala puji bagi mu Ya Allah. perlahan lahan aku cuba mempraktikkan kembali segala yang telah diajar oleh ustazah ustazah ku. segala yang telah aku timba sepanjang menjadi pelajar sekolah agama.

          aku mula merasakan manis nya agama ALLAH. Aku mula berpaut dengan islam dan aku mula ingin               merubah diri ku menjadi muslimah yang sejati. aku membuka kembali kalam ALLAH yang telah lama
          aku biarkan berhabuk. di saat aku melihat setiap baris yang terkandung, aku sebak tidak dapat                     meneruskan bacaan. betapa lama bibir ini tidak menjengah ayat ayat suci ini. sungguh ! satu perasaan             yang tidak dapat aku ungkap kan. tidak dapat aku zahirkan.
       
          aku mula membaca buku buku agama dan sekalilagi jiwa ku dirobek kesedihan yang teramat . betapa           banyak yang tidak aku tahu. betapa cetek nya ilmu agama ku. di ketika ini, aku merasa kan hidup ku             ini begitu tenang. hidup ini hanya lah padaNya.

jalan untuk berubah menuju jalan ALLAH itu amat lah berliku. ada yang kata, aku berlagak alim. ada yang menganggap sekali JAHAT selamanya JAHAT. ALLAH. hanya Dia yang tahu perasaan yang mencengkam sanubari ku ini. yang lebih dahsyat ialah apabila orang mengatakan aku ini syiah kerana berjubah hitam. begitu aku sedih.

namun aku cuba kuatkan hati dan istiqamah dalam PENGHIJRAJHANKU. ALLAH menghantar mereka yang berilmu untuk membantu ku. aku berjumpa dengan IKRAM iaitu sebuah pertubuhan usrah. di kolej aku bertemu dengan seorang kakak yang amat baik budi bahasanya. yang menyanjung islam sebagai gaya hidup. yang banyak menghabis kan keringat untuk mengadakan aktiviti keagamaan. melihat kan insan insan hebat di sekitar ku, telah membuakkan rasa ingin terus berusaha, berusaha dan terus berusaha untuk mencari cinta yang hakiki.

kisah kematian ahmad ammar yang begitu baik cara pemergiannya telah menyesakkan nafasku. tidak ku sangka ada anak muda semuda arwah sanggup berkorban demi agama. betapa besar jasa arwah. islam dijadikan tunggak kehidupan. sedih apabila melihat diri sendiri. terlalu lama aku menjadi hamba nafsu. terlalu lama aku mengabdukan diri kepada dunia. terlaul banyak yang aku tinggal kan demi dunia. sungguh aku termasuk golongan yang rugi.

kini tiada lain yang ku harap kan, aku hanya ingin terus merubah diri menjadi yng lebih baik dan aku ingin terus menyampaikann dakwah secara keci kecilan dan aku ingin melihat syiar islam terus bersinar dan memancar dalam diri setiap insan yang beragama islam .